Lelaki, wanita berpakaian mencolok mata dikenakan tindakan ikut enakmen jenayah syariah - Utusan Malaysia

Lelaki, wanita berpakaian mencolok mata dikenakan tindakan ikut enakmen jenayah syariah

HANAFIAH MAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS : Golongan lelaki atau wanita Muslim yang berpakaian mencolok mata di Terengganu akan diambil tindakan mengikut enakmen jenayah syariah di negeri ini tidak lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, sebelum ini, mereka yang berpakaian menjolok mata hanya diberi nasihat dan teguran oleh penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

“Kita ambil pendekatan berhikmah dahulu sebelum ini dengan menegur secara baik terhadap individu yang melakukan kesalahan tersebut tanpa mengambil tindakan denda seperti yang diperuntukkan. 

“Namun, saya berpandangan sudah tiba masanya untuk kita menguatkuasakan pelaksanaan hukuman enakmen tersebut seperti yang dipersetujui dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada tahun lepas,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Pada 1 Disember lalu, Persidangan DUN Terengganu telah meluluskan pindaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2022 bagi memperkasakan pelaksanaan undang-undang syariah di negeri itu.

Hanafiah memberitahu, pindaan itu bertujuan menambah baik Enakmen Kesalahan Syariah Jenayah (Takzir) Terengganu 2001 yang merangkumi tambahan empat seksyen baharu dan 21 pindaan seksyen sedia ada.

Katanya, pindaan itu turut merangkumi tambahan peruntukan terhadap Seksyen 34 iaitu perbuatan atau berpakaian tidak sopan di tempat awam dan Seksyen 35 iaitu menjadi kesalahan terhadap orang Muslim yang mendedahkan mana-mana bahagian tubuhnya yang boleh menimbulkan ghairah di tempat awam.

Tambahnya, jika disabitkan kesalahan pula individu tersebut boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.