Lelaki tunjuk kemaluan, berkelakuan lucah atas motosikal dicekup

Lelaki tunjuk kemaluan, berkelakuan lucah atas motosikal dicekup

TANGKAP layar perbuatan seorang lelaki yang menunjukkan kemaluannya di atas motosikal di Jalan Teroi-Sungai Yan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YAN: Dua wanita ketakutan apabila diekori seorang lelaki berkelakuan lucah dengan menunjukkan kemaluannya ketika menunggang motosikal di Batu 22 Jalan Teroi-Sungai Yan, di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu berlaku ketika Nur Wahida Ahmad, 27, dan anak saudara perempuan berusia 20 tahun dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Keda, Sungai Udang, di sini.

Menurut Nur Wahida, seorang penunggang motosikal tiba-tiba membuka zip seluar dan memegang kemaluannya.

“Kami ketakutan kerana lelaki itu berkelakuan lucah sebelum berlalu pergi selepas sedar ada kereta di belakang tapi rasa lega tu tak berpanjangan apabila dia hanya berhenti di tepi jalan dan mengekori motosikal kami semula,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, walaupun dalam ketakutan, dia sempat merakam aksi lelaki itu menggunakan telefon bimbit sebelum terus memecut motosikal dan kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan.

Nur Wahida berkata, dia masih trauma dengan kejadian yang pertama kali ditempuhinya dan berdasarkan maklumat diperolehi, ramai penunggang wanita pernah berhadapan kejadian sama di kawasan berkenaan.

“Saya membuat laporan kerana ingin tindakan segera diambil terhadap lelaki itu bagi mengelak sebarang kejadian lebih buruk menimpa khususnya penunggang wanita.

“Kemungkinan juga boleh berlaku kemalangan disebabkan penunggang lain terkejut dengan perbuatan lelaki itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji memberitahu, suspek berusia 26 tahun ditahan pada petang ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.