KUALA LUMPUR: Penyanyi, Stacy menyuarakan harapan agar Harta Perbadanan Intelek (MyIPO) dapat mempertimbangkan cadangan untuk melanjutkan tempoh perlindungan hak cipta rakaman bunyi kepada tempoh lebih lama.
Stacy, dalam satu temu bual, baru-baru ini berkata, perkara itu akan melegakan penggiat seni, termasuk pencipta lagu dan muzik yang menyimpan harapan agar hasil kerja keras mereka dapat terus dinikmati waris dan keluarga.
“Pada saya, tempoh 50 tahun yang ditetapkan sekarang patut dilanjutkan. Sebagai pencipta, kita tidak dapat jangkakan selama mana karya kita akan terus bertahan.
“Penggiat seni akan lega sekiranya tempoh itu dilanjutkan. Setidak-tidaknya, waris akan dapat terus menikmati hasil titik peluh apabila kami sudah tiada nanti,” katanya.
Stacy mengulas tentang Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) yang memohon Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) untuk melanjutkan tempoh perlindungan karya muzik dan seni.
Kata Stacy lagi, langkah tersebut juga dapat memberi menjamin masa depan pencipta lagu, termasuk penulis lirik dan komposer ketika usia lanjut.
“Ini bukan sekadar karya, tetapi juga adalah peninggalan. Tempoh sedia ada pada saya okey, cuma lebih baik kalau dapat dilanjutkan.
“Apa yang penting, kebajikan penggiat seni tidak terjejas dan terus dipelihara apabila mereka meningkat usia kelak,” tambahnya.