KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup sedang menetapkan kumpulan-kumpulan penerima faedah subsidi bersasar bagi menangani kos sara hidup yang semakin meningkat. Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata, kementerian sedang bekerjasama dengan Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi untuk mengenal pasti kumpulan yang sesuai menerima manfaat keperluan atau barangan yang akan disubsidi. Selain itu, di bawah Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara (NACCOL), kerajaan antara lain sedang merangka mekanisme…










