KPWKM ketengah cadangan kali kedua tubuh Jabatan Kanak-kanak  - Utusan Malaysia

KPWKM ketengah cadangan kali kedua tubuh Jabatan Kanak-kanak 

NANCY Shukri (tengah) ketika melawat Pusat Temuduga Kanak-kanak (CIC) Bahagian Siasatan Seksual dan Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan mencadang sekali lagi penubuhan Jabatan Kanak-Kanak bagi menangani isu kanak-kanak.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, sebelum ini kementerian itu sudah mencadangkan namun ia ditolak kerana membabitkan peruntukan yang terlalu besar.

“Bagaimanapun, Jumaat ini saya sekali lagi akan kemukakan cadangan mesyuarat Kabinet dengan izin Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) kita akan terus mendesak bagi mewujudkan jabatan ini.

“Cadangan yang dibawa ini adalah holistik, yang penting kita kena usaha sebagai titik permulaan,” katanya selepas lawatan kerja ke Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC) Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di sini hari ini.

Menurut Nancy, hasil lawatan mendapati Polis Diraja Malaysia (PDRM) memerlukan peralatan terkini dan penambahan kakitangan untuk menangani kes-kes jenayah di bawah D11.

“Kita dapati D11 sendiri memerlukan peralatan komputer terkini dengan data tinggi bagi kes-kes pornografi selain bekerjasama bertukar maklumat dengan pihak berkuasa luar.

“Selain itu, perbincangan keseluruhan lebih kepada isu kanak-kanak. Pihak kementerian akan sentiasa menjalinkan kerjasama strategik dengan pihak polis yang saling memerlukan terutamanya isu-isu jenayah membabitkan kanak-kanak dan wanita,” katanya.

Pada 5 Januari lalu, KPWKM dalam usaha mewujudkan jabatan khas bagi melindungi kanak-kanak termasuk melibatkan isu penderaan dan pengabaian.

Nancy dilaporkan berkata, penubuhan jabatan itu sudah dipersetujui secara prinsipal oleh Kabinet termasuk Perdana Menteri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya