Komuniti perkapalan salur RM510,000 bantu mangsa gempa Turkiye, Syria - Utusan Malaysia

Komuniti perkapalan salur RM510,000 bantu mangsa gempa Turkiye, Syria

Mangsa gempa
ANTHONY loke Siew Fook dan Duta Turkeye ke Malaysia, Emir Salim Yuksel bergambar bersama kakitangan logistik Pelabuhan Klang pada majlis penyerahan cek bantuan Kemanusiaan Komuniti Perkapalan dan Logistik Pelabuhan Klang untuk mangsa gempa bumi Turkiye dan Syria dekat Pelabuhan Utara di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Komuniti perkapalan dan logistik Pelabuhan Klang menyalurkan bantuan kemanusiaan berjumlah RM510,000 bagi mangsa tragedi gempa bumi di Turkiye dan Syria.

Kesemua sumbangan itu merupakan kutipan daripada 47 syarikat perkapalan dan logistik dalam tempoh lima hari bermula 17 Februari lalu dan disalurkan kepada kedua-dua negara berkenaan menerusi Malaysian Relief Agency (MRA) dalam tempoh terdekat.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, inisiatif itu hasil solidariti antara Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK); Northport (Malaysia) Bhd. (Northport) dan Infinity Logistics dan Transport Sdn. Bhd. (Infinity).

“Barangan yang akan disalurkan kepada mangsa gempa bumi itu antaranya ubat-ubatan, khemah, selimut dan mesin generator.

“Proses penyerahan itu memakan masa selama 28 hari dan akan dilakukan secepat mungkin,” katanya pada sidang akhbar program itu di Dermaga Northport, Pelabuhan Utara, hari ini.

Terdahulu, beliau menyerahkan sumbangan itu kepada Presiden MRA, Dr. Mohd. Daud Sulaiman dengan turut disaksikan Duta Republik Turkiye ke Malaysia, Emir Salem Yuksel.

Tambah Siew Fook, kerajaan menghargai keprihatinan pemain industri itu yang turut mahu membantu puluhan ribu mangsa bencana alam berkenaan.

Sementara itu, Mohd. Daud berkata, pihaknya yang terdiri daripada enam sukarelawan doktor sudah berada di wilayah Hatay, Turkiye bagi menghantar barangan keperluan asas kepada mangsa.

“Keadaan di lapangan amat menyedihkan dan cuaca sejuk menjadikan misi berkenaan menjadi lebih mencabar. 

“Kami amat menghargai sumbangan daripada semua pihak dan akan menyegerakan proses penyerahannya,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya