KKM jamin selesai segera isu buli dalam kalangan doktor

KKM jamin selesai segera isu buli dalam kalangan doktor

PARA doktor selepas sesi townhall bersama Menteri Kesihatan di Kementerian Kesihatan, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Isu ‘buli’ membabitkan pegawai perubatan di hospital kerajaan akan ditangani secepat mungkin.

Itu antara jaminan diberikan Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi sesi Townhall Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa bersama para doktor di sini, hari ini.

Doktor perubatan Hospital Melaka, Dr. Mohamad Firdaus Omar berkata, Dr. Zaliha memberi jaminan isu buli itu akan ditangani segera.

“Dalam sesi itu, Dr. Zaliha menjelaskan ada isu yang boleh diselesaikan segera dan ada isu yang memerlukan masa untuk diselesaikan,” katanya ketika ditemui selepas sesi itu.

FIRDAUS OMAR

Lebih 400 pegawai perubatan termasuk pegawai perubatan tetap, kontrak dan siswazah hadir pada sesi berkenaan, hari ini.

Sementara itu, Pegawai Perubatan Siswazah (Kontrak), Dr. Nurul Qashira Mohd Izlan berkata, pada sesi itu, Dr. Zaliha turut menyatakan hasrat bahawa sesi pemilihan doktor tetap dibuat lebih telus.

Pada masa sama, katanya, isu lambakan doktor kontrak turut disentuh, namun kelulusan perjawatan perlu mendapat kebenaran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Kami dimaklumkan KKM akan memperketatkan pemilihan doktor tetap dalam kalangan doktor bagi mengelak lantikan yang tidak layak,” katanya yang kini bertugas di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

NURUL QASHIRA MOHD IZLAN

Dalam pada itu, Dr. B. Abirami ketika ditemui berkata, antara isu utama dikemukakan pada pertemuan itu termasuk meningkatkan kemudahan di hospital kerajaan.

“Bagaimanapun, KKM memaklumkan ia (meningkatkan kemudahan hospital) bergantung kepada perbentangan bajet.

“Kami berharap Bajet 2023 pada Jumaat ini akan membawa khabar gembira kepada sektor kesihatan negara,” katanya.

Sesi ‘townhall’ ini diadakan bagi mendapatkan maklum balas secara langsung daripada anggota perubatan yang berkhidmat di negara ini dianjurkan dengan sekretariat bersama Persatuan Perubatan Malaysia (MMA). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.