PM mahu isu akta 723 dibangkitkan GP diteliti

PM mahu isu akta 723 dibangkitkan GP diteliti

FAHMI Fadzil pada sidang akhbar mingguan di Putrajaya, semalam. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad untuk segera meneliti isu-isu yang di­bangkitkan oleh pengamal pe­rubatan swasta (GP) susulan pelaksanaan Akta Kawalan Har­ga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723).

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, isu tersebut merupakan antara perkara yang dibincangkan menerusi mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, dengan Anwar telah mendapatkan penjelasan daripada Dzulkefly berhubung perkara berkenaan.

“Apa yang dibangkitkan ­ad­a­lah melibatkan penggunaan Ak­ta 723 yang berada di bawah Ke­menterian Perdagangan Da­lam Negeri dan Kos Sara Hidup (KP­DN).

“Ada dalam kalangan doktor (GP) yang bertanya kenapa akta tersebut digunakan dan bukan Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586). Jadi, Perdana Menteri telah meminta supaya perkara ini segera dijelaskan,” katanya menerusi sidang akhbar mingguan di sini semalam.

Semalam, kira-kira 200 doktor dan pengamal perubatan berhimpun di Laman Perdana berhampiran Bangunan Perdana Putra bagi menunjukkan bantahan terhadap pelaksana­an Akta 723 yang mewajibkan klinik swasta dan farmasi mempamerkan harga ubat-ubatan.

Kumpulan tersebut mula ber­himpun kira-kira pukul 9.30 pagi sebelum 10 daripada peserta diketuai wakil Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Datuk Dr R Thirunavukarasu memasu­ki Bangunan Perdana Putra untuk menyerahkan dokumen memorandum.

Antara tuntutan komuniti GP itu adalah untuk menyemak semula Akta 723, dengan meletakkan profesion perubatan sepenuhnya di bawah Akta 586 yang dilihat memadai untuk mengawal selia amalan perubatan dan perkhidmatan kesihatan swasta.

Mengulas lanjut, Fahmi yang juga jurucakap kerajaan berkata, Jadual Ketujuh dalam Akta 586 yang mengawal selia caj perun­dingan dan caj tataca­ra bagi GP di klinik perubatan swasta akan dikaji, dengan Dzulkefly memak­lumkan bahawa kertas Jemaah Menteri sedang disiapkan.

“Menteri Kesihatan telah memaklumkan bahawa persiapan kertas Jemaah Menteri telah dibuat dan dalam edaran, jadi kita jangka dalam tempoh satu atau pun dua minggu, hal ini akan dibawa semula ke Jemaah Menteri untuk diputuskan,” ujarnya.

Pada 3 Mei, media melaporkan Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bahawa semakan kadar yuran perundi­ngan pegawai perubatan am (GP) swasta, akan dimuktamadkan dalam tempoh sebulan.

Dzulkefly dilaporkan berkata untuk itu, Memorandum Jema­ah Menteri dan surat pekeliling telah disediakan dan dijangka dibentangkan dalam tempoh yang sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN