Kerajaan benar jual mercun, bunga api 

Kerajaan benar jual mercun, bunga api 

NGA KOR MING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan akan membenarkan penjualan mercun dan bunga api dalam masa terdekat termasuk garis panduan yang perlu dipatuhi oleh pemborong dan pengimport.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, jika ia dapat dilaksana, garis panduan jualannya berkuat kuasa pada Hari Raya Aidilfitri ini.

Beliau berkata, pihaknya menyerahkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memperincikan garis panduan berkenaan. Kami juga akan menyerahkan kepada Kementerian Kewangan (MOF) bagi menentukan jumlah cukai yang perlu dibayar oleh pengimport mercun dan bunga api.

“Secara dasarnya Kabinet telah bersetuju semalam (membenarkan perjualan mercun dan bunga api,” katanya ketika ditemui pada Majlis Jalinan Muhibah Tahun Baharu Cina 2023, di sini hari ini 

Katanya, garis panduan itu kelak akan  membantu mengawal aktiviti penjualan bunga api dan mercun di peringkat sumber iaitu pemborong dan pengimport. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.