ALOR SETAR: Kementerian Pendidikan (KPM) terbuka menerima sebarang kritikan daripada mana-mana pihak termasuk warganya, mahupun orang awam dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan negara. Bagaimanapun, menurut menterinya, Fadhlina Sidek, setiap kritikan atau aduan yang disampaikan itu perlu bersifat konstruktif dan bukan destruktif untuk memastikan semua pelan pendidikan negara berjalan lancar. “Kita sambut baik (kritikan) kerana ini juga antara komen-komen saya apabila ada kritikan terhadap guru-guru yang dilontarkan terhadap KPM. Kita tidak…