Kedudukan perkhidmatan awam dilindungi Perlembagaan - Abdul Aziz - Utusan Malaysia

Kedudukan perkhidmatan awam dilindungi Perlembagaan – Abdul Aziz

ABDUL AZIZ BARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: DAP tidak ada hasrat atau dasar untuk mengurangkan kakitangan awam apatah lagi di atas asas dan perkiraan kaum.

Naib Pengerusi DAP Perak, Dr. Abdul Aziz Bari berkata, parti itu khasnya dan Pakatan Harapan (PH) amnya mengalu-alukan kenyataan Perdana Menteri tentang kedudukan kakitangan awam .

Menurutnya, DAP dan PH komited serta akur dengan ketetapan dan perlindungan bagi kakitangan awam sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, selain itu DAP dan PH komited dan akur dengan prinsip kedaulatan undang-undang iaitu tidak ada siapa yang dianiaya dan dinafikan hak mereka yang sah di sisi undang-undang.

“Mengenai komposisi kaum, DAP percaya prinsip sama rata yang menjadi tonggak Perlembagaan negara sudah cukup kuat untuk mempastikan perkhidmatan awam mewakili semua kaum di negara ini.

“Begitu juga jaminan tiada diskriminasi dalam kalangan anggota perkhidmatan awam.

“Tidak kurang penting ialah komitmen DAP terhadap kedudukan dan peranan perkhidmatan awam yang perlu neutral dan profesional dan ini mesti dipertahankan.

“Sebenarnya ini sudah cukup untuk menjamin bahawa PH tidak akan mempolitikkan perkhidmatan awam walaupun atas nama mengurangkan dominasi kaum tertentu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy mencadangkan supaya perkhidmatan awam Malaysia perlu menjalani pembaharuan.

Sambil menggesa Perdana Menteri supaya mereformasikan perkhidmatan awam, katanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menyedari keperluan untuk memecahkan dasar monopoli kaum tertentu semasa era kepimpinan Dr. Mahathir Mohamad.

Mengulas cadangan Ramasamy itu, Anwar hari ini berkata, dominasi kaum Melayu dalam sektor perkhidmatan awam bukan permasalahan dan tiada pertimbangan oleh kerajaan untuk sebarang perubahan.

Perdana Menteri berkata, cadangan mereformasikan perkhidmatan awam yang didominasi kaum Melayu merupakan pandangan peribadi Ramasamy. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya