Kabel, komponen lampu limpah Stadium Perak dicuri - Utusan Malaysia

Kabel, komponen lampu limpah Stadium Perak dicuri

GAMBAR tular dalam media sosial mengenai kejadian kabel lampu limpah Stadium Perak yang dipotong dan dicuri. - UTUSAN/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Majlis Bandar Raya Ipoh (MBI) mengesahkan berlaku kecurian kabel dan komponen lampu limpah di Stadium Perak di sini seperti yang tular dalam media sosial.

Dalam kenyatannya MBI berkata, kejadian itu disedari pada Selasa lalu ketika pihaknya membuat kerja-kerja selenggara lampu limpah bagi persiapan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Menurut MBI, pasukan selenggara Majlis mendapati bilik High Mast Pole No. 3 telah dipecah masuk.

“Hampir keseluruhan kabel telah dipotong dan komponen lampu limpah telah dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Pihak MBI telah membuat laporan kepada pihak polis pada hari kejadian dan siasatan telah dijalankan dengan mengambil keterangan beberapa individu untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, MBI juga sudah memperketatkan kawalan keselamatan di keseluruhan Stadium Perak.

“Dalam masa yang sama, kerja-kerja pembaikan telah bermula bagi membolehkan perlawanan pertama pasukan Perak FC dalam Liga Super dapat diadakan mengikut jadual,” katanya.

MBI menganggarkan kerugian akibat kejadian itu sebanyak RM135,000.

Terdahulu tular gambar tempat kejadian yang dikatakan berlaku kecurian kabel di stadium tersebut.

Kejadian itu menyebabkan para penyokong pasukan Perak FC bimbang ia akan menjejaskan lampu limpah stadium menjelang perlawanan pembukaan pasukan itu dalam saingan Liga Super musim ini menentang Kedah FC pada 25 Februari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.