Jeruk Menu Rahmah Kak Ani serendah RM1

Jeruk Menu Rahmah Kak Ani serendah RM1

ROHANI Hashim (kanan) membungkus jeruk dibeli pelanggan di gerainya di Kampung Cabang Empat Cherang, Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang peniaga mengambil konsep Menu Rahmah yang diperkenal kerajaan dengan menjual pelbagai jeruk dengan harga serendah RM1 untuk setiap jenis.

Rohani Hashim, 46, atau Kak Ani berkata, meskipun berdepan dengan kenaikan harga bahan mentah untuk menghasilkan jeruk termasuk buah-buahan, ia tidak menghalangnya berbuat demikian.

“Niat saya supaya semula lapisan masyarakat dapat menikmati jeruk ini mengikut kemampuan kewangan masing-masing. Saya bukanlah berasal dari keluarga senang.

“Jadi sedikit sebanyak saya tahu betapa peritnya mendapatkan wang sehingga terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan. Oleh itu saya mengambil keputusan untuk menjual satu hidangan jeruk bermula RM1,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, semalam.

Menurut Rohani, pada peringkat awal dia bermula dengan menjual enam jenis jeruk namun mula bertambah selepas tular dalam aplikasi TikTok.

Katanya, bertitik tolak dari situ jeruk yang dihasilkan menggunakan manisan gula Melaka, gula, cili kering dan garam itu bertambah kepada 15 jenis iaitu anggur, kedondong, jambu batu, jambu madu, ceremai, bidara serta banyak lagi.

“Gerai saya yang berletak berhampiran Masjid Al-Ahmadi Kampung Cherang beroperasi seawal pukul 11 pagi. Saya mula menghasilkan jeruk ini pada pukul 9 pagi setiap hari. Penggunaan bahan mentah yang segar menjadi resepi keenakan rasa jeruk ini,” ujarnya.

Kak Ani berkata, rata-rata pelanggannya terdiri daripada pelbagai latar belakang masyarakat yang ada di negeri ini.

Katanya, sehingga kini dia mempunyai tujuh pembantu dalam menghasil kudapan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.