KUALA LUMPUR: Isu panggilan ‘beruk’ oleh Mohd. Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) kepada Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) yang berlaku pada sidang Dewan Rakyat 19 Disember lalu selesai. Memaklumkan perkara itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul berkata, penyelesaian itu dibuat selepas Sany dan Awang bersemuka dan berdamai di pejabatnya semalam. “Berkaitan isu dibangkit YB Pendang semalam, saya jumpa di kamar saya YB Pendang dan YB Hulu Langat dan ia diselesai…










