Ismail Sabri lawat bekas wartawan 

Ismail Sabri lawat bekas wartawan 

ISMAIL Sabri Yaakob (kiri) bersama Rosli Manah ketika berkunjung ke kediaman bekas wartawan itu, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa menyantuni bekas wartawan hiburan tersohor yang pernah bertugas bersama Utusan Malaysia, Rosli Manah, 55, di kediamannya di Kajang, Selangor.

Ismail Sabri meluangkan masa kira-kira hampir sejam berbual dengan Rosli dan isterinya, Asma Ghani. Turut bersama adalah Aasif Esfan, 26, dan Daniel Ashman, 18, iaitu anak kedua serta bongsunya.

Rosli sebelum ini menyumbang bakti lebih 26 tahun di Kumpulan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, namun kini diuji dengan masalah kesihatan.

Difahamkan, Ismail Sabri mengenali Rosli secara peribadi pada 2007 iaitu semasa beliau bertugas sebagai wartawan hiburan.

Hubungan antara mereka dikatakan menjadi akrab selepas Rosli banyak membantu karier anak kepada Perdana Menteri Kesembilan itu, Gadaffi (Dafi) yang juga merupakan penyanyi dan pelakon. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.