Integrasi pangkalan data sistem mySikap wujud sejak 2007 - JPJ

Integrasi pangkalan data sistem mySikap wujud sejak 2007 – JPJ

ZAILANI HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Proses pengintegrasian pangkalan data sistem mySikap Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan pihak-pihak berkuasa lain telah wujud sejak 2007.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Datuk Zailani Hashim, sekali gus menyangkal dakwaan bahawa JPJ seolah-olah tidak sepakat mengenai soal cukai jalan dan lesen memandu digital.

“Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia ingin menegaskan bahawa, telah wujud proses pengintegrasian pangkalan data sistem mySikap JPJ dengan pihak-pihak berkuasa lain, termasuk pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT), sejak 2007.

“Memetik kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), pihaknya menyambut baik Projek Rintis Lesen Kenderaan Motor Digital (e-LKM) dan Lesen Memandu Malaysia Digital JPJ yang telah diumumkan oleh Menteri Pengangkutan pada 10 Februari 2023 lalu,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, JSPT juga boleh melakukan semakan integrasi dengan sistem mySikap JPJ atau paparan kod QR untuk semakan nombor kenderaan dan nombor kad pengenalan.

“Pihak JPJ juga ingin menegaskan bahawa projek pendigitalan ini adalah merupakan projek rintis dan akan memastikan usaha-usaha penambahbaikan secara berterusan inisiatif pendigitalan JPJ ini.

“Ini demi memastikan keberkesanannya agar sentiasa memberikan manfaat yang signifikan kepada negara, amnya dan kepada seluruh masyarakat madani, khasnya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya