GSI beri akses kepada penduduk terabai

GSI beri akses kepada penduduk terabai

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Global Surgery Initiative (GSI) yang pertama bakal memberi akses kepada perkhidmatan pembedahan dan anestesia yang selamat dan berpatutan di kawasan-kawasan penduduk terabai di Malaysia.

Inisiatif tanggung jawab sosial koporat (CSR) itu juga merupakan hasil kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM), Persatuan Pakar Bius Malaysia (MSA) dan Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, GSI yang ditubuhkan di seluruh negara akan mengukuhkan penyediaan perkhidmatan pembedahan, obstetric, trauma dan anestesia (SOTA) yang primer serta penting di hospital daerah.

Katanya, sambutan Ulang Tahun Ke-60 Persatuan Pakar Bius Malaysia bakal menjadi platform yang hebat untuk membincangkan jurang kesihatan global dan perkongsian ilham bagi penyelesaian inovatif, khususnya dari segi peranan pakar bius untuk membantu membina semula sistem kesihatan yang berdaya tahan di seluruh negara berikutan pandemik COVID-19.

“Selain itu, pelaksanaan pelan hala tuju GSI yang merangkumi Pengurusan Lean, konsep hospital Kluster, Inisiatif Pembedahan Massa dan pengurusan penyumberan luar akan meningkatkan lagi akses dan ekuiti perkhidmatan pembedahan di Malaysia.

“KKM mendorong semua supaya menyokong inisiatif ini bagi meningkatkan akses dan kesaksamaan terhadap perkhidmatan pembedahan SERTA merapatkan lagi jurang rawatan pembedahan penting yang menyelamatkan nyawa dengan masyarakat,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Global Surgery Initiative sempena Ulang Tahun ke-60 Malaysian Society of Anaesthesiologists (MSA).

Sejak 2019, rangka kerja GSI  digunakan secara beransur-ansur melalui perkongsian dengan hospital daerah KKM dan juga pakar utama serta hospital pelatih KKM yang terdekat.

Projek CSR yang diperkenalkan oleh MSA dan disokong oleh SJMC akan menjadi salah satu daripada beberapa projek pertama tempatan di mana pakar bedah, pakar bius, jururawat dan pengamal penjagaan kesihatan bersekutu lain dari sektor swasta bergabung tenaga untuk bekerjasama dengan sistem kesihatan awam untuk mengenal pasti hospital daerah di mana keperluan untuk perkhidmatan pembedahan belum dipenuhi sepenuhnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya