Gemuk dihina, kurus pula difitnah – Aishah - Utusan Malaysia

Gemuk dihina, kurus pula difitnah – Aishah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HASRATNYA sekadar berkongsi gambar perubahan saiz fizikalnya sebagai pemangkin semangat untuk diri dan peminat supaya menjaga kesihatan serta pemakanan. 

Namun, lain pula jadinya apabila pelbagai dakwaan timbul, kononnya dia kini menanggung derita dek diet terlampau dan aktiviti ikat perut. Entah dari mana timbul, dia ditohmah dengan kata-kata yang kadang kala tidak masuk akal. 

Ini bukan kali pertama Datuk Aishah berdepan spekulasi ciptaan segelintir pihak yang suka menjatuhkan dan mengecam perubahannya ke arah hidup lebih sihat. Ada sahaja yang tidak kena. Benarkah dia mempunyai masalah kesihatan? Adakah penurunan saiz badan yang ketara menjadi punca? Jawablah! mendapatkan Aishah!

Apa khabar sekarang? Selalu nampak di TikTok. Banyak lagu nyanyian semula yang tular.
Alhamdulillah sihat, Tuhan masih memberi kesihatan dan kesempatan. Saya menyanyi di TikTok untuk suka-suka. Sebagai latihan suara, maklumlah kita sudah berusia. Suara perlu dijaga dan diasah. Sebagai penyanyi, saya perlu sentiasa berlatih. Sudah lebih 36 tahun dalam industri, saya perlu maintain suara. Kalau hendak dapatkan semula suara seperti ketika zaman muda remaja memang mustahil, tetapi Alhamdulillah, masih berbisa kan? Bila kita menyanyi di atas pentas dan karaoke, mesti ada bezanya. Lagipun, saya nyanyi santai-santai sahaja. Mesti ada sumbang. Biasalah, saya manusia yang tidak sempurna. 

Bercakap tentang kesihatan, baru-baru ini ada timbul dakwaan kononnya Aishah sedang menderita beberapa penyakit. Itu antara komen beberapa individu selepas Aishah memuat naik gambar di Instagram. Betul ke?

Ini masalah orang kita, memandai-mandai reka cerita. Mereka tidak tahu dan tidak ikuti saya di media sosial, tiba-tiba tulis komen yang merepek sehingga menimbulkan spekulasi dan dakwaan. Ada yang cakap saya sakit kencing manislah, sakit itu dan ini, sesuka hati mereka sahaja. Mungkin mereka ada masalah hati. Geram tengok saya kurus. Mungkin juga sebab saya tidak pakai produk kurus mereka jual. Tidak apalah. Kita fokus kepada mereka yang tidak sakit hati melihat kejayaan orang lain. Masa saya gemuk, macam-macam orang hina. Bila kurus, difitnah dan dikecam pula. Saya tidak faham dengan mentaliti segelintir orang kita.

Ada juga yang kurang senang dengan gaya percakapan Aishah. Katanya mengada-ngada, macam budak kecil. Apa komen?

Memang begitu suara saya bila bercakap, bukan dibuat-buat. Tetapi, bila menyanyi lain. Saya perasan, segelintir warganet terlalu kritikal dan cepat buat tanggapan sendiri. Senang sebar fitnah sesuka hati. Masa saya gemuk, cakap macam tong dram. Bila kurus cakap nampak cengkunglah, sakitlah. Mereka nak apa sebenarnya? 

Terasa tak bila pelbagai fitnah timbul gara-gara memuat naik gambar ketika berbadan besar?

Saya muat naik gambar ketika badan besar untuk beri motivasi kepada diri supaya menjaga kesihatan dan pemakanan. Mana tahu pengikut lain turut terinspirasi, terutama mereka yang sedang bergelut dengan masalah obesiti. Lain-lain itu, suka hatilah. Kita bukan boleh tutup mulut mereka. Ubahlah pemikiran, jangan jadi terlalu negatif. Bersangka baik dan sentiasa memberi sokongan. 

Berbalik kepada beberapa video yang tular di TikTok, ramai juga yang mahukan Aishah merakam lagu baharu berbahasa Inggeris. Rindu zaman Aishah and The Fan Club! 

Eh, tahu-tahu sahaja kan! Saya baru sahaja merakamkan sebuah lagu Inggeris, minggu lalu. Itu adalah antara lagu yang terkandung dalam album baharu saya. Hari ini, saya akan merakam lagu terakhir untuk album tersebut yang bakal menemui peminat dalam tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.