Gangguan seksual, perbicaraan Ebit Lew bersambung esok - Utusan Malaysia

Gangguan seksual, perbicaraan Ebit Lew bersambung esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Perbicaraan kes gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew atau nama sebenarnya, Ebit Lew Ibrahim Lew, 37, bersambung semula esok sehingga 10 Februari ini di Mahkamah Majistret Tenom.

Ebit berhadapan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi Whatsapp yang didakwa berlaku di daerah Tenom antara 29 Mac hingga 18 Jun 2021.

Atas kesalahan itu, pendakwah terkenal itu didakwa dibawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.

Dakwaan terhadap Ebit dilakukan susulan laporan polis yang dibuat oleh mangsa, seorang wanita berusia 42 tahun pada 7 Ogos 2021.

Setakat ini, lima saksi telah dipanggil oleh pihak pendakwaan termasuk Mohd. Fairuz Abu atau dikenali sebagai Akhi Fairuz Al-Jengkawi dan pendakwah, Firdaus Wong Wai Hung.

Tiga lagi saksi adalah pegawai polis iaitu Asisten Superitendan Salwani Mohd Hadzir, Asisten Superitendan Siti Nooraini Mohd. Sahid dan Asisten Superitendan Norfazliyani Zolkapeli.

Perbicaraan kes akan dilakukan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani dan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Muhammad Ilmami Ahmad, Zahida Zakaria, Adibah Saiful Bahri dan Nur Masrin Amalia.

Sementara itu, Ebit diwakili Peguam Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki dan Timothy Daut.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya