Festival Kamya fokus bantu PKS, sasar 50,000 pengunjung

Festival Kamya fokus bantu PKS, sasar 50,000 pengunjung

ERNA Elliyana Rosli (tengah) semasa dalam pelancaran Festival Kamya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Festival Kamya atau ‘Kamya Fest’ yang disertai 253 peniaga menyasarkan kira-kira 50,000 pengunjung dalam usaha mempergiat sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini.

Penganjur yang juga Pengasas Kamya, Erna Elliyana Rosli berkata, sasaran itu mampu dicapai menerusi pelbagai promosi dan tarikan bagi membantu golongan peniaga yang menyertai festival tersebut.

Selain itu katanya, pihak penganjur turut menjemput barisan artis dan selebriti yang akan bersama-sama terlibat dalam festival bermula 10 sehingga 12 Februari ini.

“Selebriti yang menyertai nanti akan membawa pelbagai produk jualan mereka di gerai yang telah disediakan. Antara selebriti yang mengambil bahagian Nabila Huda, Dolla, Eja, Ayie Floor88, Wak Doyok, Nana Mahazan, Dolla, Mimi Ernida, Shasha Abdul Aziz, Azfar Heri, MrStailista, EedaVogue, Daniel Zamri, Bella Astillah, Ameerais Forteen, Raja Afiq, Afzan, Ayu Damit, Naim Shamsol dan ramai lagi.

“Selain itu, pengunjung turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah yang menawarkan hadiah utama iaitu sebuah kereta Proton Saga, motosikal Honda Wave 110 Alpha, televisyen 50 inci, telefon bimbit Honor dan pelbagai hadiah lain,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mengulas lanjut, Erna berkata, penganjuran festival itu juga turut mendapat kerjasama daripada Shuib Sepahtu yang juga antara rakan penaja dan beliau turut akan membuka gerai BubbleBee pada festival berkenaan.

“Kita turut mengenakan sedikit bayaran tiket iaitu RM10 kepada pengunjung yang berusia 12 tahun ke atas, manakala kanak-kanak adalah percuma.

“Bagaimanapun, kita akan memberi baucer atas setiap pembelian tiket tersebut dan mereka turut berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah setiap hari di ‘booth’ Kamya Glow dan juga berpeluang memenangi kereta untuk cabutan bertuah utama,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya