Feri Langkawi terkandas lagi di Kuala Kedah

Feri Langkawi terkandas lagi di Kuala Kedah

PENUMPANG tiba dari Pulau Langkawi setelah feri yang terkandas di beting pasir berjaya ditunda di muara Kuala Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KEDAH: Sebuah feri membawa 511 orang penumpang dari Pulau Langkawi terkandas di beting pasir pada kedudukan 0.8 batu nautika muara Kuala Kedah, di sini malam tadi.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Noor Azreyanti Ishak berkata, insiden berlaku pada pukul 9.15 malam apabila Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kedah menerima panggilan daripada Jabatan Laut Malaysia (JLM).

“Kejadian melibatkan feri Ekspres Bahagia 168 yang dalam perjalanan dari Pulau Langkawi ke Kuala Kedah. Feri itu terkandas apabila paras air laut surut hingga menyebabkan feri tersangkut di kawasan beting lumpur,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.  

Noor Azreyanti berkata, bot PERKASA 1224 diatur gerak ke lokasi kejadian sejurus menerima aduan dalam usaha menjaga keselamatan dan membantu pihak feri serta JLM.

“Feri berkenaan berjaya ditunda oleh bot penunda (tug boat) milik sebuah syarikat kargo di Kuala Kedah sambil diiringi oleh bot PERKASA 1224 pada pukul 11.15 malam.

“Operasi yang dikendalikan Maritim Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi ini selesai sepenuhnya pada pukul 12 tengah malam,” katanya.

Tambah beliau, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) turut terlibat dalam operasi menyelamat itu.

“Maritim Malaysia mengalu-alukan orang ramai menyalurkan sebarang maklumat dan aduan sekiranya berlaku insiden kecemasan di laut ke Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579 atau MERS 999 untuk maklum balas segera,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya