Farhan Khairuddin tawar diri tanding Naib Ketua Pemuda UMNO

Farhan Khairuddin tawar diri tanding Naib Ketua Pemuda UMNO

FARHAN Khairuddin menyerahkan borang pencalonan sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Farhan Khairuddin menawarkan diri sebagai calon Naib Ketua pergerakan itu pada pemilihan parti kali ini.

Menurut Farhan, beliau mengambil keputusan untuk bertanding atas dasar menyedari kepentingan Pemuda UMNO dibawa dengan hala tuju yang tepat dan segar.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Mahasiswa & Pendidikan Pemuda UMNO berkata, cabaran terbesar buat seorang nakhoda adalah untuk membawa bahteranya berlayar dengan selamat ke destinasi.

“Untuk itu jua, setiap keputusan yang diambil oleh seorang pemimpin, perlulah tepat dan mempunyai matlamat yang bermanfaat untuk organisasi dan orang-orang di dalamnya.

“Dengan izin Allah jua, dengan restu ibu dan ayah, dengan dokongan semua, saya akan mewakafkan masa dan tenaga saya untuk wadah UMNO ini.

“Semoganya, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan menjadi sayap yang teguh setia berjuang demi parti keramat ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, beberapa nama sudah mengesahkan turut menawarkan bertanding jawatan itu antaranya, anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Mohd. Nazifuddin; Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd Hairi Mad Shah dan anak kepada pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Ikmal Hazlan Ikmal.

Jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO disandang Shahril Hamdan, bagaimanapun beliau digantung enam tahun oleh parti berkenaan pada Jumaat lalu.

Pemilihan UMNO akan dimulakan dengan mesyuarat dan pemilihan bagi jawatankuasa Cawangan, Pemuda, Wanita dan Puteri Cawangan mulai 1 Februari lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya