Empat ditahan terlibat kes curi kenderaan ketika pandu uji kereta 

Empat ditahan terlibat kes curi kenderaan ketika pandu uji kereta 

MOHAMAD FAROUK ESHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Empat individu termasuk seorang lelaki dipercayai menyamar sebagai anggota polis sebelum melarikan kenderaan ketika memandu uji ditahan dalam serbuan di Selangor dan Kedah pada 18 Februari lalu. 

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian dipercayai berlaku di pusat jualan kenderaan di Jalan Ampang Hilir dekat sini apabila seorang jurujual berusia 26 tahun didatangi suspek lelaki yang ingin memandu uji sebuah kenderaan jenis Honda Civic FK8 Type R berwarna hitam. 

Katanya, suspek datang dengan menaiki sebuah kenderaan Perodua Myvi berwarna putih dengan dipandu oleh seorang lagi individu lain. 

“Pengadu mendapati pelanggan tersebut memakai uniform lengkap seperti seorang anggota polis. 

“Pada 12 tengah hari, ketika memandu uji kenderaan, suspek meminta pengadu membelikan tambah nilai kad prabayar telefon di sebuah stesen minyak di Pandan Jaya sebelum melarikan kereta terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurut beliau, jumlah kerugian dianggarkan bernilai RM270,000. 

Jelasnya, pada 18 Februari lalu, sepasukan polis dari Ibu pejabat Polis Ampang Jaya telah melakukan beberapa tangkapan terhadap empat individu termasuk seorang wanita berusia 30 hingga 40 tahun di Selayang, Selangor serta Alor Star dan Jitra, Kedah. 

“Pemeriksaan lanjut mendapati dua suspek merupakan penganggur, seorang adalah pekerja bengkel dan seorang lagi penjaja makanan.

“Modus operandi suspek ialah menyamar polis dan telah melakukan curi kenderaan dengan mempedaya jurujual untuk keluar dari kenderaan lalu melarikan kenderaan berkenaan. Suspek juga mencuri kenderaan untuk dijual,” ujarnya. 

Mohamad Farouk berkata, pihak polis turut merampas sebuah Myvi, kereta Honda Kh8 serta kunci dan peralatan kenderaan yang dibuka, sepasang uniform operasi polis, beberapa telefon bimbit dan peralatan lain untuk membantu siasatan.

Tambahnya, kesemua tangkapan kini direman sehingga Selasa depan untuk disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan iaitu curi kenderaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN