Eminem bakal terima menantu - Utusan Malaysia

Eminem bakal terima menantu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Anak penyanyi rap terkemuka, Eminem, Hailie Jade Mathers kini bergelar tunang kepada Eksekutif Pembangunan Perniagaan Scout, Evan McClintock.

Hailie mengesahkan perkara tersebut menerusi beberapa keping gambar yang dimuat naik di Instagram, semalam.

Antara yang dikongsikan adalah gambar cincin pertunangan yang tersarung pada jari wanita berusia 27 tahun itu.

“Imbasan hujung minggu… 4.2.2023 saya cinta padamu @evanmcclintock11,” tulisnya pada bahagian kapsyen.

Hailie adalah pempengaruh media sosial yang membesar di Detroit, Amerika Syarikat. Dia dan Evan merupakan graduan Michigan State University.

Pasangan itu mula menjalin hubungan istimewa sejak 2016, namun sebelum ini menyembunyikan status percintaan mereka dan jarang berkongsi kemesraan di media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN