Denda RM1 juta, penjara tak lebih 15 tahun jika seludup hidupan liar

Denda RM1 juta, penjara tak lebih 15 tahun jika seludup hidupan liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Individu disabit dengan kesalahan di bawah Seksyen 71 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2022 iaitu menyeludup hidupan liar sama ada ke dalam atau luar negara tanpa permit khas, dikenakan tindakan lebih berat iaitu denda RM1 juta dan penjara tidak melebihi 15 juta.

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dalam satu kenyataan memaklumkan, agensi itu menguatkuasakan 44 seksyen di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2022 [Akta A1646] bermula hari ini.

Penguatkuasaan akta tersebut bakal menyaksikan peningkatan penalti bagi jenayah hidupan liar yang melibatkan beberapa kesalahan iaitu menyimpan, memberi dan menyeludup hidupan liar.

Katanya peningkatan penalti bagi kesalahan menyeludup hidupan liar perlu kerana ia adalah jenayah serius dan sebagai usaha mencegah hidupan liar yang juga sumber khazanah negara tidak terlinai itu terancam akibat aktiviti haram.

“Jenayah ini juga dikategorikan sebagai jenayah terancang yang berskala besar merentasi sempadan negara, ia perlu dihentikan.

“Melalui peningkatan kadar penalti di bawah pindaan ini, ia akan memberi satu mesej yang jelas kepada penyeludup-penyeludup bahawa mereka perlu sedar dan berhenti menjalankan aktiviti-aktivitinya.

“Peningkatan penalti dan tempoh pemenjaran ini bersifat mencegah bertujuan memastikan hidupan liar terus kekal bagi generasi akan datang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Perhilitan berharap Wildlife Crime Bureau (WCB) yang ditubuhkan pada tahun 2012 di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat membantu akitiviti penguatkuasaan Akta A1646.

Jelasnya, Perhilitan juga akan melakukan pengukuhan Wildlife Crime Unit yang juga akan dapat membantu dalam aktiviti penguatkuasaan akta tersebut bagi konservasi hidupan liar.

“Sehubungan itu, Perhilitan menyeru orang ramai untuk mengambil maklum mengenai akta tersebut dan bekerjasama menyalurkan maklumat sebarang aktiviti jenayah hidupan liar kepada Perhilitan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.