Dah popular bayaran pun naik? - Utusan Malaysia

Dah popular bayaran pun naik?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KALAU cakap pasal tuah dan rezeki terpijak, Cik Bunga rasa perkataan itu sesuai untuk menggambarkan kerjaya seni dua pelakon muda ini. 

Baik Mierul Aiman mahupun Amir Ahnaf, kedua-duanya boleh dikatakan sedang mendapat perhatian ramai ketika ini. 

Populariti mereka bukan main mencanak-canak selepas membintangi drama, Projek High Council yang sedang menjadi kegilaan peminat drama tempatan. 

Terus-terang, Cik Bunga sendiri tertarik untuk mengikuti lakonan mereka apabila ramai yang bercakap tentang kehebatan dua pelakon tersebut. 

Maka, Cik Bunga lapangkan juga masa untuk tonton drama tersebut dari episod 1 sampai yang terbaru. 

Tidak sangka, lakonan mereka membuka mata ramai, sekali gus meyakinkan Cik Bunga dua nama ini mampu menjadi pelapis pelakon lelaki yang ada potensi dan kualiti. 

Kalau diperhatikan, industri memang perlukan pelakon pelapis yang mampu dibanggakan. Kita kena ingat, setakat ada rupa, ia bukan jaminan untuk terus bertahan. 

Kalau wajah sahaja tampan atau jambu, tetapi di depan kamera boleh tahan ‘kayu’, Cik Bunga rasa tidak ke mana. 

Paras rupa perlu seimbang dengan bakat, baru lengkap langkah sebagai pelakon. Dengan bakat yang ada, kemampuan pelakon boleh digilap sampai berkilat.

Cuma, mereka perlu ada semangat dan usaha untuk menaik taraf diri. Tetapi itulah, apabila nama sudah popular, ada juga yang berbisik-bisik risau kalau mereka demand. 

Cik Bunga tak terkejut kalau tiba-tiba bayaran untuk khidmat mereka mencanak naik! Alahai, bukan benda pelik pun. Harapnya ia cuma desas-desus. 

Tetapi, kalau betul naik harga, rasanya tak salah sebab semua tahu kemampuan mereka. 

Memang wajarlah! Sampai bila mahu hasil kerja tip top, tetapi bayaran ‘ciput’? Bayaran setimpal juga adalah cara industri menghargai bakat seseorang artis. 

Industri pun kena lebih terbuka dengan memberi ruang kepada bakat pelapis. Sampai bila nak tengok muka sama di TV. Tak gitu?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN