Cubaan bawa masuk telur, sosej, susu dari negara jiran gagal

Cubaan bawa masuk telur, sosej, susu dari negara jiran gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cubaan membawa masuk pelbagai barangan daripada hasilan haiwan dari Dumai, Indonesia ke negara ini gagal selepas pemeriksaan dilakukan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) di Terminal Feri Antarabangsa, Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Muara Sungai Melaka.

MAQIS dalam satu kenyataan memberitahu, antara barangan yang dirampas melalui beberapa pemeriksaan ke atas penumpang di terminal berkenaan ialah telur segar, sosej daging dan susu tin.

Kata kenyataan itu, hasil pemeriksaan mendapati barangan daripada hasilan haiwan berkenaan itu bukan sahaja cuba dibawa masuk oleh warga negara jiran yang masuk ke negara ini, malah warga tempatan yang pulang dari negara itu.

“Hasil pemeriksaan dilakukan oleh pegawai MAQIS mendapati segelintir penumpang feri cuba membawa masuk barangan hasilan haiwan seperti susu tin, sosej daging, dan telur segar dengan menyembunyikannya di dalam bagasi pakaian bagi mengaburi Pegawai Penguat Kuasa MAQIS.

“Berikutan itu, MAQIS dengan kerjasama pihak Kastam Diraja Malaysia berjaya mematahkan cubaan membawa masuk barangan pertanian yang dibawa tanpa sebarang dokumen pengimportan seperti Permit Import MAQIS dan Sijil Kesihatan Veterinar,” katanya.

Tambah kenyataan itu, perbuatan mengimport apa-apa jenis keluaran produk haiwan dan hasilan haiwan tanpa permit import MAQIS adalah kesalahan mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

“Mereka yang melakukan kesalahan itu boleh dihukum mengikut Seksyen 11(3) akta yang sama dan jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.

“Pihak MAQIS sentiasa komited menjalankan penguatkuasaan di pintu masuk ini bagi menjamin keselamatan keluaran haiwan dan hasilan haiwan yang masuk ke dalam negara dan mematuhi syarat serta peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya