PETALING JAYA: Cuaca sejuk sehingga mencecah negatif dua darjah Celcius antara cabaran dihadapi Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) di Nurdagi, Gaziantep, Turkiye. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Komander SMART, Mohd. Khairul Jamil berkata, pasukannya menjalankan misi mencari dan menyelamat (SAR) dalam cuaca sejuk pada hari pertama operasi. “Cuaca sangat sejuk sehinggakan kami terpaksa menahan kesejukan ketika menjalankan operasi antara cabaran di sini. “Malah, sistem komunikasi (Internet) di ‘ground zero’…










