Reman lapan individu termasuk empat pegawai kanan polis dilanjut

Bunuh pemandu e-hailing: Reman lapan individu termasuk empat pegawai kanan polis dilanjut tujuh hari

IBU Pejabat Polis Daerah Tawau
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Tahanan reman lapan individu termasuk empat pegawai kanan polis yang ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh pemandu e-hailing dilanjutkan selama tujuh hari bermula hari ini.

Permohonan lanjutan reman itu dilakukan di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus dalam prosiding yang dilakukan di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau hari ini.

Majistret membenarkan permohonan lanjutan reman lapan individu termasuk empat pegawai kanan polis yang ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki yang dikenali sebagai Nurman Bakaratu, 61, yang juga seorang pemandu e-hailing di kawasan ladang sawit di Batu 5, Jalan Apas, Tawau pada 13 Januari lalu.

Sebelum ini, kesemua lapan individu berkenaan direman selama tujuh hari dan tempoh reman itu berakhir hari ini.

Pada dua hari lalu, salah seorang daripada individu yang ditahan, Nurima Juli, 33, didakwa di Mahkamah Majistret Tawau mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Namun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Semalam, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, motif pembunuhan kes tersebut adalah cemburu dan tidak membabitkan sebarang isu keselamatan.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya