Bunuh pemandu e-hailing: Enam pegawai, anggota polis

Bunuh pemandu e-hailing: Enam pegawai, anggota polis dihadapkan ke mahkamah

IDRIS ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Tujuh pegawai dan anggota polis serta satu orang awam yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan pemandu e-hailing di Tawau akan didakwa di Mahkamah Majistret Tawau hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, kertas siasatan telah lengkap dan dimajukan kepada Pejabat Peguam Negara semalam (7 Februari).

Susulan itu, tujuh pegawai dan anggota serta seorang individu akan dihadapkan ke mahkamah pada hari ini.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melengkapkan siasatan berkaitan kes pembunuhan seorang lelaki yang berlaku pada 13 Januari lalu yang melibatkan penahanan lapan pegawai dan anggota serta tiga orang awam bagi membantu siasatan kes ini.

“Namun, seramai tujuh suspek akan dituduh hari ini, yang terdiri daripada orang pegawai dan anggota PDRM dan satu orang awam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kesemua suspek akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan Seksyen 109 Kanun yang sama kerana bersubahat.

Pada 30 Januari lalu, seorang wanita, Nurima Juli, 33, yang merupakan isteri mangsa didalwa di Mahkamah Majistret Tawau atas pertuduhan dan kesalahan yang sama.

Nurima didakwa terlibat membunuh seorang lelaki dikenali sebagai Nurman Bakaratu, 61, yang juga suaminya di kawasan ladang sawit di Batu 5, Jalan Apas, Tawau pada 13 Januari lalu.-utusan

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya