Bernas kongsi 30% untung bersih dengan pesawah

Bernas kongsi 30% untung bersih dengan pesawah

PENGHASILAN padi adalah antara pengeluaran makanan negara yang menurun saban tahun berikutan beberapa faktor termasuk isu benih dan baja yang tidak berkesudahan, memerlukan kerajaan menilai semula polisi pertanian negara yang sudah lapuk dan digantikan dengan polisi baharu yang lebih terbuka dan berdaya maju.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Padiberas Nasional Bhd (Bernas) bersetuju membuat perkongsian keuntungan daripada import beras dengan menyumbang 30 peratus keuntungan bersih kepada pesawah padi selain sumbangan RM60 juta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu tentunya dapat membantu dan menambah keperluan hidup para pesawah.

“Saya sekali lagi ucap terima kasih dan penghargaan atas kesudian Bernas untuk menyumbang sejumlah dana bagi membantu para pesawah miskin. Ini tentunya dapat membantu dan menambah keperluan hidup para pesawah,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, semalam.

Katanya, kerajaan akan meneruskan penyaluran pelbagai subsidi dan insentif seperti harga padi, baja padi dan padi huma dengan peruntukan RM1.6 bilion.

“Sumbangan tunai turut diberikan kepada pesawah padi sebanyak RM200 ringgit sebulan untuk tempoh tiga bulan atau semusim melibatkan 240,000 pesawah dengan peruntukan RM228 juta ringgit,” katanya.

Dalam pada itu katanya, sektor agro makanan perlu dirombak dengan mengutamakan kemandirian pengeluaran makanan tempatan melalui automasi dan pendigitalan dalam mendepani kenaikan harga barang serta gangguan bekalan makanan.

Anwar berkata, kerajaan akan menggalakkan pelaburan swasta berasaskan pertanian berskala besar antara lain melalui penyediaan insentif, tanah, pembiayaan dan geran teknologi bagi memastikan bekalan makanan pada harga berpatutan, pengeluaran makanan perlu ditingkatkan supaya berskala besar serta berdaya saing.

Katanya, kerajaan bercadang supaya Felda, Felcra dan RISDA dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi menyuburkan tanah-tanah terbiar milik mereka dengan keluasan sehingga 320 hektar untuk projek tanaman makanan.

Katanya, hal itu setelah hanya 1.2 juta hektar tanah negara dimanfaatkan untuk tujuan tanaman makanan berbanding tujuh juta hektar bagi tanaman kelapa sawit dan getah.

“Kementerian Pertahanan dan LTAT berserta syarikat lain juga akan melaksanakan projek peningkatan pertanian bijirin jagung domestik selain untuk meningkatkan keterjaminan makanan, malah memberi peluang kerjaya kepada veteran tentera. LTAT menyediakan 70 ekar tanah perladangan untuk melaksanakan projek ini.

“Kerajaan juga akan menyediakan RM30 juta untuk bekerjasama dengan beberapa Kerajaan negeri bagi melaksanakan projek-projek agro makanan,” katanya.

Menurutnya, sektor agro makanan perlu dirombak dengan mengutamakan kemandirian pengeluaran makanan tempatan melalui automasi dan pendigitalan dalam mendepani kenaikan harga barang dan gangguan bekalan makanan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN