PETALING JAYA: Kerajaan menyediakan RM777 juta bagi menampung kos menyediakan makanan berkhasiat kepada murid-murid, kadar makanan bermasak bagi Rancangan Makanan Tambahan (RMT) supaya dapat memanfaatkan 700,000 murid.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain daripada RMT yang dipertingkat daripada RM625 juta itu, kerajaan mempertingkat peruntukan untuk Program Makanan Prasekolah Kementerian Pendidikan (KPM).
“Ia ditingkatkan daripada RM89 juta kepada RM108 juta bagi memberi manfaat kepada lebih 240,000 murid prasekolah KPM.
“Pemantauan juga akan dibuat kepada penyedia makanan untuk pastikan makanan disediakan adalah berkualiti dan berkhasiat,” katanya. – UTUSAN