Belanjawan 2023: RM220 juta untuk persiapan menghadapi bencana - Utusan Malaysia

Belanjawan 2023: RM220 juta untuk persiapan menghadapi bencana

ANWAR Iabrahim bertemu dengan pasukan SMART yang menjalankan laporan harian Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) Turkiye. - IHSAN TWITTER SHAMSUL ISKANDAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Belanjawan 2023 memperuntukkan RM150 juta kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk memenuhi keperluan aset, sistem amaran dan bantuan bencana kepada rakyat yang terkesan.

Pengumuman itu adalah susulan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Turkiye dan menyaksikan sendiri prestasi cemerlang dan membanggakan pasukan penyelamat tanah air di Turkiye baru-baru.

Turut diumumkan adalah RM50 juta untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Bomba dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang juga untuk menyediakan peralatan dan aset untuk menghadapi bencana.

Peranan komuniti turut diperkasa sebagai kumpulan awal ketika bencana maka kerajaan menyediakan RM20 juta di bawah Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti untuk manfaat 2,000 persatuan penduduk. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN