Belanjawan 2023: Petronas, DRB Hicom, Sunway, MRCB, bank-bank ambil alih program latihan TVET - Utusan Malaysia

Belanjawan 2023: Petronas, DRB Hicom, Sunway, MRCB, bank-bank ambil alih program latihan TVET

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Petronas, DRB Hicom, Sunway, MRCB dan bank-bank akan mengambil alih program latihan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) sebagai usaha memperkasa kerjasama antara awam dan swasta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Petronas akan menerajui program latihan TVET dalam kluster minyak dan gas di Pengerang, Kimanis, Batu Rakit dan Miri; DRB Hicom bagi kluster automotif di Pekan; Sunway bagi kluster perhotelan dan MRCB bagi kluster pembinaan.

Katanya, bank-bank tertentu juga akan menerajui program latihan bagi kluster perkhidmatan kewangan.

“Program latihan TVET menelan belanja RM6.7 bilion melibatkan 500 institusi. Mutu latihannya dipertikai walaupun 90 peratus graduan TVET memperoleh pekerjaan tetapi 90 peratus mereka meraih gaji yang rendah hanya sekitar RM2,000 sebulan.

“Justeru, kebijakan baharu seperti mana yang dilakukan Penang Skills Development Centre yang memastikan syarikat Intel, Motorola dan Inari yang mengemudi PSDC ini dan menganjurkan latihan berkesan memenuhi keperluan syarikat berkenaan.

“Dengan beberapa penyesuaian dari contoh ini, kita akan perkenalkan satu pendekatan supaya pusat latihan TVET terkait diambil alih syarikat yang mampu mengendali program,” katanya ketika membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, dengan pembaharuan ini, Skim Latihan Dual Nasional (SLDN)  diperkukuh dengan dana tambahan RM50 juta untuk 8,000 pelatih. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN