Belanjawan 2023: Peruntukan perlindungan hidupan liar meningkat

Belanjawan 2023: Peruntukan perlindungan hidupan liar meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2023 memperuntukkan Pemindahan Fiskal Ekologi untuk Pemuliharaan Biodiversiti (EFT) kepada kerajaan negeri dan ditingkatkan kepada RM150 juta setahun berbanding RM70 juta pada tahun lalu.

Agihan EFT kepada negeri-negeri turut merangkumi pewartaan kawasan perlindungan baharu, termasuk habitat harimau dan mempergiat penanaman semula pokok di kawasan terosot. 

Pada masa sama, sejumlah RM38 juta turut disediakan bagi memelihara hidupan liar seperti harimau, gajah, badak serta habitat hutannya.

Dalam masa sama, kerajaan akan menambah renjer yang mengawal kawasan hutan kepada 1,500 orang dengan mengutamakan khidmat komuniti Orang Asli dan veteran tentera dan polis membabitkan peruntukan RM50 juta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya