Belanjawan 2023: Ketengah dapat peruntukan RM59.82 juta - Utusan Malaysia

Belanjawan 2023: Ketengah dapat peruntukan RM59.82 juta

AHMAD Zahid Hamidi (kanan) bergambar sebelum diberi taklimat pembangunan Ketengah di Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Pembangunan di wilayah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) di sini akan lebih rancak selepas mendapat peruntukan sebanyak RM59.82 juta pada Belanjawan 2023, semalam. 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, peruntukan tersebut yang bertambah sebanyak 50 peratus akan membolehkan pelbagai agenda pembangunan termasuk projek jaminan bekalan makanan dilaksana.

Menurutnya, peruntukan tersebut dapat digunakan secara efektif untuk memaju dan memberi perkhidmatan terbaik kepada kira-kira 200,000 warga Ketengah.

“Ketengah telah terima tambahan peruntukan 50 peratus pada Belanjawan 2023 berbanding tahun lepas, iaitu sebanyak RM39.8 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis penyerahan sumbangan Tabung Bencana Gempa Bumi Turkiye-Syria di Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) di Bandar Al Muktafi Billah Shah di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Pengurus Besar Ketengah, Datuk Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa menyerahkan sumbangan sebanyak RM101,900 kepada wakil Tabung Bencana Gempa Bumi Turkiye-Syaria Kementerian Luar Negeri, Jamal Sharifuddin Johan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) turut menghadiri taklimat pembangunan Ketengah.

Timbalan Perdana Menteri menambah, pihak pengurusan Ketengah juga dicadangkan memaksimumkan penggunaan sumber yang ada bagi memacu perkembangan di wilayah berkenaan.

Jelasnya, wilayah Ketengah mempunyai 17 produk dan destinasi pelancongan menarik yang boleh diketengahkan untuk menarik pelancong dari dalam dan luar negeri, sekali gus menjana ekonomi wilayah.

“Tasik Kenyir yang kaya dengan kelestarian alam mempunyai potensi cukup besar jika promosi dilakukan untuk menarik pelancong dari dalam dan luar. 

“Selain itu ia juga pulau bebas cukai yang perlu dimanfaatkan untuk memajukan ekonomi,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya