Belanjawan 2023: Bernas setuju membuat perkongsian keuntungan - Utusan Malaysia

Belanjawan 2023: Bernas setuju membuat perkongsian keuntungan

KUALA LUMPUR: Bernas bersetuju membuat perkongsian keuntungan daripada import beras dengan menyumbang 30 peratus keuntungan bersih kepada pesawah padi selain sumbangan RM60 juta, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, perkara itu tentunya dapat membantu dan menambah keperluan hidup para pesawah.

“Saya sekali lagi ucap terima kasih dan penghargaan atas kesudian Bernas untuk menyumbang sejumlah dana bagi membantu para pesawah miskin. Ini tentunya dapat membantu dan menambah keperluan hidup para pesawah,” katanya.

Katanya, kerajaan akan meneruskan penyaluran pelbagai subsidi dan insentif seperti harga padi, baja padi dan padi huma dengan peruntukan RM1.6 bilion.

“Sumbangan tunai turut diberikan kepada pesawah padi sebanyak 200 ringgit sebulan untuk tempoh tiga bulan atau semusim melibatkan 240,000 pesawah dengan peruntukan RM228 juta ringgit,” katanya. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN