Belanjawan 2023: Agihan hasil negara ditumpu untuk golongan berpendapatan rendah, menengah - PM - Utusan Malaysia

Belanjawan 2023: Agihan hasil negara ditumpu untuk golongan berpendapatan rendah, menengah – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Agihan hasil negara akan ditumpukan sepenuhnya kepada golongan berpendapatan rendah dan menengah di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pentadbirannya komited menegakkan keadilan sosial dan pengagihan hasil yang adil tidak bermakna layanan sama rata, tetapi berasaskan keperluan.

Ini kerana katanya, Jabatan Perangkaan melaporkan kumpulan 20 teratas (T20) menguasai 47 peratus atau hampir separuh jumlah pendapatan isi rumah. Dari sudut tabungan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kumpulan T20 memiliki 80 peratus daripada keseluruhan jumlah simpanan KWSP.

“Mengambil kira pendapatan dan kekayaan negara yang tertumpu kepada kumpulan atasan atau golongan elit mahakaya, adalah wajar agihan hasil negara ditumpukan kepada golongan berpendapatan rendah dan menengah.

“Kerajaan akan mengambil pendekatan yang progresif dalam konteks subsidi bersasar atau struktur percukaian bagi melindungi golongan kurang bernasib baik dan mengharapkan pemahaman rakyat yang lebih kaya untuk menggalas tanggungjawab secara bersama,” katanya.

Antara ikhtiar yang telahpun diperkenalkan termasuklah agihan dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang lebih kepada rakyat yang memerlukan.

“Sebanyak 87 peratus ahli dengan simpanan kurang RM30,000 ribu telah diberi dividen 5.1 sen per unit manakala, simpanan melebihi RM30,000 menerima dividen 4.6 sen per unit.

“Selain itu, tarif elektrik telah dikekalkan bagi semua pengguna domestik dan perniagaan PKS tetapi semua syarikat besar kecuali sektor makanan dan pertanian telah dinaikkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN