Bayi lelaki masih bertali pusat ditemukan di pangsapuri

Bayi lelaki masih bertali pusat ditemukan di pangsapuri

Anggota polis mengangkat bayi lelaki yang ditemukan di hadapan sebuah pangsapuri di Kuala Ibai, Kuala Terengganu, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang bayi lelaki berusia kira-kira seminggu yang masih bertali pusat ditemukan di hadapan sebuah rumah di tingkat bawah sebuah pangsapuri di Kuala Ibai di sini, semalam.

Bayi yang masih hidup dan dibungkus dengan kain batik berwarna merah itu diletakkan di bawah bangku itu ditemukan pemilik rumah tersebut yang bekerja di pusat penyelenggaraan kenderaan di sini. 

Ahmad Fauzi Sulaiman, 28, berkata, dia menemukan bayi lelaki itu ketika pulang dari tempat kerjanya pada pukul 6.05 petang.

Menurut beliau, pada awalnya, dia tidak perasan bayi tersebut berada di hadapan rumahnya.

“Bagaimanapun, kira-kira lima minit selepas memasuki rumah, saya terdengar bunyi tangisan bayi. Pada mula saya menyangka tangisan itu anak jiran tetapi tangisan bayi itu semakin lama semakin kuat.

“Saya yang tidak sedap hati kemudian keluar dari rumah dan terkejut apabila terdapat bayi lelaki yang memakai lampin pakai dan dibungkus dengan kain batik berwarna merah,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Ahmad Fauzi berkata, dia kemudian memaklumkan penemuan bayi tersebut kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din yang dihubungi mengesahkan penemuan bayi tersebut.

“Bayi tersebut telah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk pemeriksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang penemuan bayi itu diminta menghubungi balai polis terdekat bagi membantu siasatan,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.