Bajet 2023 utamakan ekonomi saksama berpaksi keadilan sosial

Bajet 2023 utamakan ekonomi saksama berpaksi keadilan sosial

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan memberi jaminan bahawa Bajet 2023 akan mengutamakan pemacuan pertumbuhan ekonomi yang berhemat dan pembangunan saksama berpaksikan keadilan sosial untuk rakyat Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendekatan itu ditekankan dalam Jawatankuasa Dasar Fiskal (FPC) yang bersidang buat kali pertama pada tahun ini, bertujuan meneliti fiskal kerajaan dan perkembangan ekonomi negara dalam jangka masa sederhana.

“Langkah ini akan dilaksanakan walaupun kerajaan mewarisi beban hutang yang tinggi dan ekonomi berhadapan ketidaktentuan prospek ekonomi global,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, pendekatan itu juga disebabkan hutang dan liabiliti kerajaan hampir menjangkau RM1.5 trilion atau lebih 80 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan nisbah khidmat hutang dijangka akan melebihi 15 peratus daripada hasil tahun lalu namun, pertumbuhan global juga dijangka menyederhana pada  2023.

“Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran bahawa prospek ekonomi dunia bakal merosot dengan kebanyakan negara dijangka mengalami kemelesetan ekonomi.

Maka, Bajet 2023 akan mencerminkan pertanggungjawaban Kerajaan Perpaduan yang mengutamakan pertumbuhan, pengagihan saksama dan keadilan sosial,” katanya.

Pada masa sama, katanya, ia adalah selaras dengan konsep pembangunan Malaysia Madani supaya kemajuan ekonomi memanfaatkan segenap lapisan masyarakat sebagai usaha mengekalkan dasar fiskal mengembang untuk menyokong pertumbuhan ekonomi.

Selain itu, katanya, kerajaan juga komited untuk melaksanakan langkah mengurangkan defisit secara berperingkat serta memastikan nisbah hutang dan liabiliti kerajaan berbanding KDNK terkawal.

“Bajet 2023 yang dijadual dibentangkan di Parlimen pada 24 Februari 2023 akan turut merangkumi langkah-langkah menggalakkan pelaburan sektor swasta dan reformasi sektor awam yang bertujuan untuk mengurangkan birokrasi, meningkatkan kemudahan menjalankan perniagaan serta menambah baik tatakeloka kerajaan.

“Belanjawan ini juga akan meningkatkan perbelanjaan pembangunan bagi menggalakkan pembangunan yang inklusif terutamanya melalui pemerkasaan perkhidmatan kerajaan dan infrastruktur luar bandar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya