Baik pulih paip Johor boleh selesai dalam 4 tahun- GAT Asia

Baik pulih paip Johor boleh selesai dalam 4 tahun- GAT Asia

Ammar Fikri bersama kakitangan GAT di Johor baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Projek membaik pulih paip lama di Johor mampu diselesaikan dalam tempoh tiga hingga empat tahun berbanding jangkaan 10 tahun yang diperlukan bagi tujuan yang sama sepanjang 6,000 kilometer (km) paip lama di negeri itu.

Dalam satu kenyataan media, Ketua Pegawai Eksekutif Green Area Technology Asia (GAT Asia), Ammar Fikri berkata, ini kerana teknologi yang ditawarkan  juga mampu mengurangkan kos yang bakal ditanggung oleh kerajaan sebanyak 20 peratus hingga 30 peratus.

“Merujuk kepada laporan akhbar pada bulan Disember lepas, GAT Asia sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri Johor dalam menyelesaikan isu berkenaan pembaikpulihan paip-paip lama di negeri tersebut.

“Sebagai sebuah syarikat pembekal teknologi hijau tempatan, adalah menjadi tanggungjawab GAT Asia untuk membantu kerajaan dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kepakaran serta keupayaan kami dalam permasalahan yang terlibat.

“Justeru, GAT Asia sedia memberikan komitmen yang terbaik kepada kerajaan negeri Johor demi kelestarian dan kemaslahatan seluruh penduduk di negeri berkenaan,” katanya.

Terdahulu, dilaporkan kerajaan negeri sedang berbincang dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk membantu mempercepatkan projek membaik pulih paip lama, bagi mengatasi masalah bekalan air terjejas ketika kerja baik pulih paip di Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata buat masa ini, tempoh yang diperlukan untuk melaksanakan kerja-kerja membaik pulih baki 6,000 kilometer (km) paip lama, dijangka mengambil masa sehingga 10 tahun.

Mengulas lanjut, Ammar turut berkata, penjimatan dari aspek kos ringgit dan masa pembaikan tersebut sejajar dengan langkah yang disarankan oleh kerajaan persekutuan dalam menghadapi kelembapan ekonomi global ketika ini.

“GAT Asia merupakan syarikat tempatan berpangkalan di Kuala Lumpur menawarkan teknologi tanpa parit (trenchless liner) yang mesra alam serta menggunakan kos yang sangat efisyen, mampu membuat pemulihan paip lama tanpa memerlukan sebarang kerja-kerja penggalian yang mengganggu persekitaran paip.

 “Kita juga sedia membantu kerajaan negeri Johor dalam menyeselaikan isu pembaikpulihan paip-paip lama di negeri tersebut dengan menggunakan teknologi hijau yang diperkenalkan oleh syarikat berkenaan yang mampu menjimatkan masa dan kos seterusnya mampu memberikan kehidupan yang lebih selesa kepada rakyat di negeri itu,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya