BELANJAWAN 2023 memperuntukkan RM388.1 bilion dengan RM289.1 bilion untuk belanja mengurus, RM99 bilion bagi belanja pembangunan dan termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.
CUKAI
* Kerajaan bercadang memperkenal Cukai Barangan Mewah mulai tahun ini dengan had nilai tertentu mengikut jenis barang mewah.
* Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) belum dicadang dilaksanakan.
* Mengkaji untuk memperkenalkan Cukai Keuntungan Modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat mulai tahun 2024 pada kadar yang rendah.
* Mengenakan duti eksais ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape.
* Program pengakuan secara sukarela iaitu pengampunan ke atas penalti 100 peratus akan diberikan bagi pengakuan sukarela mulai 1 Jun 2023 hingga 31 Disember 2024.

EKONOMI RAKYAT
* Kadar cukai PMKS ke atas pendapatan bercukai bagi RM150,000 pertama dikurangkan daripada 17 peratus kepada 15 peratus.
* Peruntukkan RM50 juta ringgit bagi membina baharu dan menaik taraf melibat 3,000 gerai dan kiosk sebagai kemudahan penjaja kecil berniaga di lokasi tumpuan seluruh negara.
* Kemudahan pinjaman dan jaminan pembiayaan untuk manfaat usahawan PMKS dengan nilai keseluruhan sehingga RM40 bilion.
MUSIBAH BENCANA
* NADMA disediakan RM150 juta ringgit antara lainnya untuk keperluan aset, sistem amaran dan bantuan bencana kepada rakyat yang terkesan.
* Angkatan Tentera Malaysia, Bomba dan RELA juga disediakan RM50 juta bagi menyediakan peralatan dan aset untuk menghadapi bencana.-
* Peranan komuniti turut diperkasa sebagai kumpulan awal ketika bencana. Kerajaan menyediakan RM20 juta ringgit di bawah Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti untuk manfaat 2,000 persatuan penduduk.
PELABURAN BERIMPAK TINGGI
* Prosedur menjalankan perniagaan ditambahbaik bagi mengurangkan birokrasi termasuk memberikan insentif kepada Pihak Berkuasa Tempatan yang memudah cara pelaksanaan pelaburan yang telah diluluskan bagi memastikan usaha pelaburan dapat dipercepat.
* Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 akan diumumkan pada suku ketiga 2023 untuk melakar hala tuju pembangunan perindustrian yang bertumpukan aktiviti berkualiti tinggi dan pengambilan bakat tempatan.
* Kerajaan akan menyelaras kerjasama antarabangsa dengan syarikat multinasional asing untuk menyediakan peluang perantisan di negara pemegang biasiswa menuntut. Pelajar ini juga dibenarkan untuk menyempurnakan bon perkhidmatan mereka dengan syarikat tersebut.
* Bank Pembangunan Malaysia Berhad menyediakan sehingga 6 bilion ringgit pembiayaan strategik khusus untuk menggalakkan agenda mampan dan automasi selain sokongan dalam bentuk ekuiti dan modal kerja pusingan kepada syarikat berpotensi tinggi yang masih terjejas dengan Covid-19.
* Kerajaan bercadang untuk membesarkan dan meningkatkan keupayaan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Subang.
* Menyokong projek pembangunan Pelabuhan Sanglang di Perlis bagi mengendalikan kargo petroleum dan kargo pukal yang akan memberi nilai tambah kepada ekonomi Perlis.
* Kerajaan mendukung cadangan pembangunan pelabuhan utama di Pulau Carey oleh pihak swasta sekali gus memperkukuh pelabuhan Klang sebagai pelabuhan hab utama untuk rantau Asia Tenggara.
KEWANGAN ISLAM
* Bermula 2024, aset simpanan syariah akan diasingkan sepenuhnya bagi memberi pulangan yang kompetitif kepada 1.25 juta ahli KWSP yang memiliki akaun syariah.
* Kerajaan telah menerima komitmen swasta untuk mewujudkan Wakaf MADANI dengan aset-aset bernilai lebih RM1 bilion ringgit.
* Jawatankuasa Nasional Tanah Wakaf diwujudkan dengan objektif wakaf menyumbang 20 peratus pengembangan sektor kewangan sosial Islam menjelang 2030.
KETELUSAN PEROLEHAN KERAJAAN
* Membentangkan semula Akta Perolehan Kerajaan.
* Kerajaan bercadang meminda dan membentangkan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat.

PRASARANA RAKYAT
* Kerajaan menyasarkan menyiapkan dengan kadar segera pembaikan bagi 400 klinik daif dan 380 sekolah daif dengan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion.
* RM2.7 bilion ringgit untuk menyelenggarakan dan menaik taraf jalan persekutuan.
ISU MUFLIS RAKYAT
* Kerajaan akan meminda Akta Insolvensi 1967 supaya kes muflis dapat dilepaskan secara automatik pada masa yang singkat. Sementara menunggu pindaan, kes-kes kecil yang hutangnya kurang RM50,000 yang memenuhi syarat akan dilepaskan serta-merta mulai 1 Mac ini.
* Menyasarkan 130,000 rakyat dilepaskan daripada status muflis dengan lulusnya pindaannya.
REFORMASI INSTITUSI
* Mereformasi institusi perkhidmatan awam yang dilihat mempunyai pertindihan kuasa dan fungsi yang hampir sama.
* Penstrukturan semula institusi yang memperkasa pegangan pelaburan Bumiputera.
* Semakan semula ke atas pakej saraan ketua eksekutif dan pengurusan tertinggi syarikat dan badan berkanun pada kadar yang lebih munasabah.
PERKUKUH TVET
* Perkeso akan menyediakan insentif kepada majikan yang menggaji 17,000 graduan khususnya TVET sebanyak RM600 sebulan selama tiga bulan sebagai tambahan kepada gaji yang ditawarkan.
* Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan akan menawarkan 35 ribu peluang kerjaya kepada belia, graduan TVET selain kumpulan rentan dan veteran.
PELANCONGAN
* Kerajaan memperuntukkan RM250 juta untuk mempromosi pelancongan.
INFRASTRUKTUR RAKYAT
* Menambah baik kemudahan jaringan lebuhraya ke Pengerang melalui pembinaan lorong memotong di Senai Desaru Expressway.
* Kerajaan juga bersetuju melaksanakan projek naik taraf Lebuhraya Utara Selatan di dari Yong Peng Utara ke Senai Utara-Fasa 1, Johor daripada empat kepada enam lorong dengan kos RM525 juta secara berfasa.
AGENDA DIGITAL
* Kerajaan akan mempercepat pelaksanaan projek JENDELA sebagai usaha nasional menyediakan kemudahan jaringan internet.
* Sejumlah RM100 juta disediakan di bawah Skim Geran Pendigitalan PKS dan penjaja kecil.
* Sejumlah RM1 bilion juga tersedia sebagai dana pembiayaan di bawah BNM untuk membantu PMKS mengautomasikan proses perniagaan dan mendigitalkan operasi.
PERANAN AGENSI DAN SYARIKAT KERAJAAN
* GLC antaranya Khazanah dan KWSP akan melabur dalam syarikat-syarikat pemula tempatan yang inovatif dan berpertumbuhan tinggi dengan nilai pelaburan RM1.5 bilion.
* RM40 juta disediakan di bawah Malaysia Coinvestment Fund (MyCIF) sebagai dana padanan yang menyokong kaedah pendanaan alternatif.
* Sumbangan sosial korporat sehingga RM250 juta bagi menumpukan usaha membantu golongan rakyat termiskin termasuk komuniti miskin bandar bagi meningkatkan mutu kehidupan.
MENITIKNOKTAH KEMISKINAN
* Kerajaan akan melaksanakan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang akan menumpukan kepada pengupayaan golongan miskin supaya meningkatkan potensi pendapatan.
MENGURANGKAN KOS SARA HIDUP
* Kerajaan tahun ini menyediakan sehingga RM64 bilion dalam bentuk subsidi, bantuan serta insentif.
* Jualan Rahmah yang menawarkan barangan asas dengan harga sehingga 30 peratus lebih murah berbanding pasaran. Kerajaan menyediakan RM100 juta untuk menjayakan program ini di setiap 222 kawasan Parlimen.
* Isi rumah pendapatan kurang RM2,500 layak terima sumbangan sehingga RM2,500 ringgit bergantung kepada bilangan anak.
* Kerajaan juga akan memberi sumbangan tambahan 600 ringgit kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih.
* 2 juta orang belia 18 hingga 20 tahun, Kerajaan akan menawarkan kredit e-Tunai Belia Rahmah berjumlah 200 ringgit dengan peruntukan RM400 juta.
* Sumbangan tunai turut diberikan kepada pesawah padi sebanyak RM200 ringgit sebulan untuk tempoh tiga bulan atau semusim melibatkan 240,000 pesawah dengan peruntukan RM228 juta.
* BERNAS turut bersetuju membuat perkongsian keuntungan daripada import beras dengan menyumbang 30 peratus keuntungan bersih kepada pesawah padi.
* Menaikkan Paras Harga Pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah daripada RM2.50 kepada RM2.70 sekilogram dengan peruntukan RM350 juta.
* Menaikkan sumbangan musim tengkujuh daripada RM600 kepada RM800 untuk tempoh empat bulan.
KELANGSUNGAN M40
* Bermula 2023, kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan sebanyak 2 peratus melibatkan banjaran lebih RM35,000 hingga RM100,000.
KESIHATAN
* RM3 bilion bagi lebih 1,500 lantikan baharu pegawai perubatan, pergigian dan farmasi secara tetap, kontrak.
* Skim Perubatan Madani bagi golongan miskin.
* RM80 juta bagi PeKa B40.
KELESTARIAN PENGANGKUTAN
* My50 diteruskan bagi manfaat 180,000 pengguna
* Prasarana perkenal Pas Perjalanan Tanpa Had myBAS50 bagi rakyat Johor Bharu
* RM150 juta bagi program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-Henti (SBST) termasuk ke Melaka, Kuching dan Kota Kinabalu.
KEBAJIKAN PENJAWAT AWAM
* RM180 subsidi yuran taska
* RM700 bantuan khas kewangan Aidilfitri
* RM350 bonus pesara kerajaan
* Elaun khas RM100 bagi semua pasukan SAR dalam misi di Turkiye dan Syria.
PENDIDIKAN
* 700,000 murid nikmati makanan bermasak dalam Rancangan Makanan Tambahan
* 240,000 murid prasekolah turut terima manfaat
* 50,000 komputer riba untuk institusi pendidikan
* RM 2.3 bilion Untuk memastikan infrastruktur serta kemudahan pembelajaran terbaik di semua sekolah buat anak-anak termasuk naik taraf bangunan serta infrastruktur di 380 buah sekolah yang daif khususnya di Sabah dan Sarawak. – UTUSAN