Anwar tiba di Menara Dato’ Onn selepas 25 tahun

Anwar tiba di Menara Dato’ Onn selepas 25 tahun

ANWAR Ibrahim tiba di Menara Dato’ Onn selepas 25 tahun. -UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini buat pertama kali selepas kira-kira 25 tahun menjejakkan kaki di Menara Dato Onn bagi mempengerusikan mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang dijadual berlangsung 8.30 malam ini.

Perdana Menteri tiba di ibu pejabat UMNO di sini pada pukul 7.42 malam tadi.

Anwar sebelum ini dipecat dari UMNO pada 3 September 1998 dan sejak itu Menara Dato’ Onn adalah tempat asing bagi beliau.

Terdahulu, mesyuarat malam ini dijangka dihadiri pemimpin utama parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.

Mereka terdiri daripada parti Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta Parti Warisan.

Difahamkan, sekretariat itu antara lain bertujuan menjamin kelangsungan kerajaan perpaduan, dan dari semasa ke semasa akan membincangkan perjalanan kerajaan serta langkah ke hadapan, termasuk berhubung kerjasama politik.-utusan

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya