Anwar bincang pemimpin UMNO sebelum terima bekas ahli

Anwar bincang pemimpin UMNO sebelum terima bekas ahli

ANWAR IBRAHIM

PETALING JAYA: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan, satu perbincangan perlu dilakukan terlebih dahulu bersama kepimpinan UMNO sekiranya mahu menerima bekas ahli parti tersebut.

Bagaimanapun, beliau berkata, parti itu masih belum mengadakan sebarang perbicangan berhubung kemasukan bekas ahli UMNO itu.

“Saya perlu adakan perbincangan bersama pemimpin UMNO terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan diambil untuk menerima atau tidak bekas ahli yang dibuang daripada parti tersebut,” katanya dalam satu sidang media di sini.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR di Ibu Pejabat Keadilan di sini.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Perdana Menteri mengesahkan dirinya sudah sihat dan mampu untuk kembali bekerja selepas menjalani pemeriksaan di Institut Jantung Negara (IJN) kelmarin.

“Alhamdulillah, saya sihat. Ia seperti pemeriksaan biasa sahaja, saya yakin saya boleh bekerja itu yang saya minta keluar (IJN).

“Terima kasih kepada yang ambil berat tentang saya, itu sekadar pemeriksaan kesihatan biasa, saya sihat,” jelasnya. –utusan

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN