Anak kapal dikhuatiri lemas dalam insiden di dermaga

Anak kapal dikhuatiri lemas insiden di dermaga Hock Seng Lee

ANGGOTA bomba membawa salah seorang anak kapal tempatan di atas pengusung untuk dibawa ke ambulans bagi mendapatkan pertolongan cemas.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Seorang lelaki warga asing dikhuatiri lemas dalam Sungai Sarawak, manakala dua orang cedera dalam insiden di dermaga Hock Seng Lee, Jalan Setia Raja di sini hari ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, tiga anak kapal terbabit sedang mengikat tali tongkang apabila tali berkenaan tiba-tiba putus menyebabkan seorang daripada mereka, iaitu seorang pekerja warga asing terhumban ke dalam Sungai Sarawak.

Anak kapal warga asing terbabit dikenali sebagai Kyaw Khant, 28 tahun.

“Dua anak kapal warga tempatan terbabit bagaimanapun cedera ringan dan seorang patah kakinya,” katanya.

Tambahnya lagi, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya dan Padungan dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan sekitar jam 9.10 pagi.

“Setibanya di lokasi kejadian, mereka memberikan pertolongan cemas kepada anak kapal tempatan yang cedera yang masing-masing berusia 35 dan 37 tahun sebelum membawa mereka ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan bagi mengesan mangsa yang hilang,” ujarnya._utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.