Abdul Wahab Mat Yassin dilantik KP JBPM baharu

Abdul Wahab Mat Yassin dilantik Ketua Pengarah Bomba baharu

MOHAMMAD Hamdan Wahid (kiri) menyerahkan nota serah tugas kepada Abdul Wahab Mat Yassin yang dilantik sebagai Ketua Pengarah JBPM baharu di Ibu Pejabat JBPM Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Abdul Wahab Mat Yassin dilantik sebagai Ketua Pengarah JBPM yang baharu, berkuat kuasa esok.

Beliau mengambil alih tempat Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid yang bersara wajib daripada perkhidmatan awam pada tarikh sama selepas berkhidmat selama 35 tahun.

Majlis penyerahan nota serah tugas dan tongkat kuasa daripada Mohammad Hamdan kepada Abdul Wahab berlangsung di Ibu Pejabat JBPM di sini hari ini.

Selain itu, Mohammad Hamdan bersama isteri, Datin Seri Jamilah Hospin turut diraikan dalam majlis perbarisan penghargaan sebagai simbolik kepada persaraan beliau.

Selepas memeriksa perbarisan kawalan kehormat yang dianggotai dua pegawai dan 99 anggota lain-lain pangkat, Mohammad Hamdan dan isteri kemudiannya menaiki kenderaan istiadat yang ditarik oleh pegawai-pegawai kanan jabatan meninggalkan perkarangan ibu pejabat.

Mohammad Hamdan memulakan perkhidmatan di JBPM pada tahun 1988 dengan memegang beberapa posisi penting dalam jabatan termasuk Pengarah Bomba Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Penolong Ketua Pengarah Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Pembangunan JBPM.

Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat dan kemudiannya dilantik menjadi Ketua Pengarah JBPM pada 11 Jun 2018. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.