35 PATI diberkas bersama 2 tangkapan jenayah - Utusan Malaysia

35 PATI diberkas bersama 2 tangkapan jenayah

SEBAHAGIAN daripada 35 PATI yang diberkas dalam operasi bersepadu yang diketuai polis IPD SPT di sekitar kawasan Taman Nagasari, Perai, Pulau Pinang petang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Seramai 35 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar dan Nepal diberkas dalam operasi bersepadu yang diketuai oleh Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Tan Cheng San di sekitar kawasan Taman Nagasari, Perai, dekat sini semalam.

Dalam operasi selama kira-kira empat jam bermula pukul 3 petang itu, dua tangkapan melibatkan kes jenayah juga berjaya dilakukan.

Ibu pejabat polis daerah (IPD) Seberang Perai Tengah dalam kenyataan memberitahu, operasi itu dirancang susulan beberapa aduan yang tular dalam media sosial berkaitan isu ketenteraman awam dan kebanjiran warga asing khususnya di kawasan itu sebelum ini.

“Kehadiran warga asing di kawasan tersebut dikatakan telah menimbulkan kegusaran dan rasa tidak selamat dalam kalangan penduduk setempat.

“Oleh itu, pihak IPD SPT telah merancang operasi bersepadu ini bersama-sama beberapa jabatan dan agensi kerajaan bagi memantau serta menguatkuasakan tindakan terhadap kesalahan yang menyalahi undang-undang,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Seramai 15 pegawai kanan polis bersama kira-kira 157 anggota terlibat dalam operasi tersebut dengan dibantu oleh 42 pegawai serta kakitangan daripada beberapa jabatan dan agensi lain.

Antara yang terlibat termasuk Jabatan Imigresen; Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP); Jabatan Tenaga Kerja (JTK) negeri dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

Turut serta ialah Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM), Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Taman Nagasari. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya