29 individu ditahan terlibat pelaburan palsu

29 individu ditahan terlibat pelaburan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 29 individu ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dipercayai terlibat dalam sindiket penipuan pelaburan palsu di sekitar Lembah Klang, Johor dan Perak, Selasa lalu. 

Tangkapan melibatkan 19 lelaki dan 10 wanita berusia antara 24 tahun hingga 38 tahun itu berdasarkan maklumat serta hasil risikan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) sejak beberapa bulan lalu.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, tangkapan itu melibatkan pelaburan Alpha Mineral Global (AIV), Asia Investment VIP (AIV Trading), Max Profit Guides Empire (Max Profit) dan CGC Revolutioj and Management (CGD). 

“Sindiket ini merupakan dalang di sebalik beberapa skim pelaburan disyaki palsu dengan menawarkan kadar pulangan tinggi. 

“Tawaran pelaburan dibuat melalui pelbagai medium dalam laman sosial,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata, kesemua suspek telah mendapat perintah reman antara satu hingga empat hari. 

Jelas beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Mana-mana individu yang menjadi mangsa diminta tampil membuat laporan polis. 

“PDRM juga mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan membuat semakan lebih terperinci sebelum menyertai mana-mana pelaburan yang menjanjikan keuntungan terlalu lumayan,” ujarnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN