212 murid SK Tanah Liat terima manfaat Program JomBaca - Utusan Malaysia

212 murid SK Tanah Liat terima manfaat Program JomBaca

NURUL IZZAH Anwar (tengah) bersama Norlela Ariffin (empat dari kanan) pada majlis penutup Program JomBaca di SK Tanah Liat, Bukit Mertajam, Pulau Pinang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUKIT MERTAJAM: Seramai 212 kanak-kanak dari Sekolah Kebangsaan (SK) Tanah Liat di sini menerima manfaat daripada Program JomBaca sejak sebulan lalu.

Program tersebut hasil anjuran dan usaha sama antara bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dengan kerjasama Yayasan Aman serta i-Sina.

Menurut penganjur, program tersebut bertujuan menangani masalah ‘buta huruf’ atau murid yang gagal menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira khususnya dalam kalangan ‘generasi Covid-19’.

Katanya, ini merupakan sebahagian daripada inisiatif mereka dalam menangani cabaran yang dihadapi khususnya menerusi program ‘celik huruf’ secara intensif bagi murid-murid yang belum menguasai kemahiran asas berkenaan.

“Seramai 10 orang guru dari i-Sina telah menganjurkan kelas membaca dan menulis setiap hari sejak 16 Januari lalu.

“Program yang melibatkan pelajar-pelajar dari Darjah 1 hingga Darjah 6 ini juga akan diteruskan di Yayasan Aman, Penanti pada musim cuti sekolah bagi memanfaatkan kanak-kanak di Permatang Pauh, khususnya,” katanya dalam kenyataandi sini hari ini.

Terdahulu, majlis penutup Program JomBaca itu diadakan di SK Tanah Liat semalam dan dihadiri oleh Nurul Izzah yang mewakili Yayasan Aman selain Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar serta Kesihatan negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Dr. Norlela Ariffin.

Hadir sama Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah (PPD SPT) Pemulihan Khas, Hakimi Saman; Guru Besar SK Tanah Liat, Nakeli Harun dan Ketua Pegawai Eksekutif i-Sina, Ahmad Latifi Abdul Rahman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya