2 pelajar, 1 keluarga Malaysia disah selamat gempa selatan Turkiye

2 pelajar, 1 keluarga Malaysia disah selamat gempa selatan Turkiye

GAMBAR menunjukkan keadaan bangunan yang musnah akibat gempa bumi pada skala 7.8 magnitud melanda tenggara Turkiye, hari ini.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Persatuan Pelajar Malaysia di Turkiye (Masat) mengesahkan belum ada lagi laporan mengenai rakyat negara ini terlibat isu gempa dahsyat di Turkiye awal pagi tadi.

Menurut jurucakap organisasi berkenaan yang dihubungi, semua warga Malaysia disahkan berada dalam keadaan selamat di Gaziantep dan tidak terbabit dalam bencana alam itu.

“Alhamdulillah, di kawasan tersebut memang ada dua pelajar Malaysia dan satu keluarga Malaysia yang menetap di sana, namun mereka mengesahkan masih selamat,” katanya.

Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Dini memberitahu bahawa gegaran teruk akibat bencana itu turut dapat dirasai dengan jelas di kebanyakan wilayah dalam Turkiye sendiri.

Walau bagaimanapun ujarnya, sekiranya terdapat sebarang keperluan atau pun masalah, mereka boleh berhubung terus dengan mana-mana ahli jawatankuasa kebajikan Masat.

Gempa berukuran 7.8 skala Magnitud berdurasi 75 saat dilaporkan melanda barat bandar raya Gaziantep dekat sempadan Syria pada pukul 4.17 pagi (9.17 pagi waktu Malaysia).

Gegaran kedua tertinggi dalam sejarah Turkiye selepas 1939 yang berkekuatan 7.9 skala Magnitud itu, turut tmengakibatkan ancaman tsunami di perairan negara berkenaan.

Jarak antara Gaziantep yang berkeluasan 2,250 kilometer persegi dan dihuni lebih 2.1 juta penduduk itu dengan ibu kota Ankara ialah lebih 700 kilometer atau tujuh jam berkereta.

Media tempatan melaporkan setakat ini 360 orang maut dan 440 lagi cedera meliputi tujuh wilayah di Turkiye dengan lebih 100 buah bangunan runtuh termasuk kompleks beli-belah.

Sementara jirannya pula, Syria mengesahkan sehingga kini sudah 237 orang terbunuh, manakala 516 orang cedera dengan ada mangsa tertimbus di bawah runtuhan rumah sendiri.

Dalam pada itu, Wisma Putra memaklumkan bahawa pihak Kedutaan Besar Malaysia di Ankara masih lagi sedang memantau rapi segala perkembangan terkini gempa bumi tersebut.

Dianggarkan terdapat lebih 400 warga Malaysia bertugas di seluruh Turkiye selain hampir 500 pelajar negara ini yang masih menuntut di pelbagai institusi pengajian tinggi di sana.

Bilangan ini tidak termasuk kira-kira 100,000 pelancong Malaysia yang datang bercuti pada setiap tahun di beberapa destinasi tumpuan utama para pelawat antarabangsa di Turkiye.

Mereka yang memerlukan bantuan boleh menghubungi pihak kedutaan melalui telefon am +90 312 446 3547/48 atau kecemasan +90 534 457 1006 atau e-mel [email protected].

Sementara konsulat jeneral Malaysia di Istanbul pula boleh dihubungi melalui telefon +90 212 989 1001, +90 536 289 6788, +90 551 711 2174 atau e-mel [email protected].

Malaysia-Turkiye menjalinkan hubungan diplomatik sejak 1964 lalu dengan kedua-dua negara merupakan anggota Pertubuhan Kerjasama Islam dan Organisasi Ekonomi D8. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya